1.Lelaki Tidak Detail Dalam
Percakapan
Contoh kes: Kakaknya
baru saja putus cinta.Bila cik awek tanya.. ‘macam mana boleh putus awak…?’ cik
abg akan jawab… ‘..dah nak putus nak buat macam mana…’
Alasan : Tak usah
bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap mcm
perempuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8
ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4
ribu kata sahaja.

2.Lelaki
Tahan Berjaga Sepanjang Malam Demi Hobi
Contoh Kes : Cik awek
sering tak menemui jawapan kenapa cik abg sanggup mengadap game sepanjang malam
tanpa henti (dari mengadap dirinya..kahkahkah)..lepas tengok piala Malaysia,tgk
badminton All England plak..pastu, sambung tgk EPL pulak kan…sampai jam 3
pagi..
Alasan : sebelah
kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan
wanita,seperti untuk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya
adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman dulu
dimana lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.
3.Lelaki
Rela Menghabiskan Banyak Wang Untuk Peralatan Elektronik Atau Aksesori Kereta
Contoh Kes
: Cik abg rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori
kereta…tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tengok cik awek bershopping??
Alasan : Alat2
elektronik atau aksesori kereta bolehlah dikatakan sebagai alat permainan
lelaki dewasa. Bagi lelaki,benda 3 dimensi ni terlihat lebih menarik dan
menstimulasi area VSA otak mereka.Dengan demikian mereka secara tidak sedar dgn
happy2 jer buang duit utk benda2 tu.
4.Lelaki
Jarang Muncul Dengan Jambangan Bunga.
Contoh kes : Dekat
filem2 drama2,sering kita lihat hero/cik abg muncul tiba2 di rumah cik aweknya
dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?..huh hampeh!!
Alasan : Dari awal
lagi,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.Kebetulan, hal2 bunga nih tak
menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa
hari benar2 satu pembaziran…itu tanggapan org lelaki laa kan..baik belanja
makan!kenyang perot…

5.Lelaki
Tidak Bergosip
Contoh Kes : Bila cik
awek bace gosip kat magazine sambil ckp: ‘eh betul ke ni..?’cik abg dgn pantas
memotong ‘pegi makan jom!dah lapar nie…’
Alasan : Sebenanye
lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas cik2 awek
bergosip dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Dan
kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,
atau melupakannya.
6.Lelaki
selalu mengaggungkan IBU mereka.
Contoh kes: Lelaki
jarang mengkritik ibu mereka,apatah lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih
panas lagi kalau dia kata pada cik awek, ‘eleh sayang,macam tu pun tak reti
buat ke?mak i pejam mata pun boleh buat tau…’
Alasan : Bagi
lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga
belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya sebagaimana
ayah mereka melindungi ibunya.Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa
apa ttg ibunya.
7.Lelaki
sanggup menyimpan semua edisi terhad komik,cd,jeans, jam tangan, jersey dan
apa2 saja!
Contoh kes: ‘Borinngg..!’katanya
si cik awek…. sekejap sekejap cik abg ajak g petaling street,kemudian kedai
komik lps tu carik lens kamera… semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan : Berbalik
kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan
keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada dan beranggapan
bakal diadili oleh lelaki lain,sehingga tidak hanya mengumpul kuantiti,tapi
juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka,punyai sesuatu yang boleh
dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.
8.Lelaki
Senang Melihat Wanita Memakai Skirt Pendek(mini skirt)- Asalkan Bukan
Kekasihnya.
Contoh kes : Cik abg memuji
setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau cik
aweknya yg pakai,komennya pula…‘I tak suka ahh!! tukar lain…macam penyapu lidi
je..kalo u pakai baju kurung bertudung litup, laaaaggiiiii i sukeee..’ Bengang
kan cik2 awek sume…?
Alasan : Bagi
lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang
mempamerkan kaki dan bahagian2 yang lain pada yang bukan sepatutnya..mereka
jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain.

No comments:
Post a Comment