INDIA
- Seorang lelaki terpaksa menahan derita kesakitan apabila kemaluannya dipotong
kekasihnya selepas wanita itu mendapati mangsa akan berkahwin dengan wanita
lain, lapor Daily Mail.
Mangsa
berusia 26 tahun yang hanya dikenali sebagai Irshad, dilaporkan telah bertemu
dengan suspek, 30, buat kali terakhir sebelum dia dikahwinkan dengan wanita
pilihan ibu bapanya.
Suspek
telah mengajak mangsa untuk bertemu di sebuah rumah tumpangan di Kattipuram,
India, di mana mangsa telah diserang oleh suspek dan kemaluannya telah dipotong
dengan pisau dalam kejadian Selasa lalu.
Beberapa
penghuni berhampiran terdengar suara jeritan mangsa lalu bergegas
mendapatkannya sebelum menemui lelaki itu dalam keadaan berlumuran darah. Bimbang
melihat kecederaan mangsa, mereka terus mengejarkannya ke Hospital MIMS di
Kozhikode, untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Video
menunjukkan mangsa terbaring di katil hospital sambil menunjukkan mangsa masih
mampu melindungi wajahnya daripada dirakam dengan telefon bimbit.
Menurut
sumber polis berkata, "Mangsa sedang menerima rawatan di Hospital MIMS
buat masa ini. Sebelum itu dia berada di rumah tumpangan itu bersama dengan
suspek.
Kami
telah menahan reman suspek untuk membantu siasatan," katanya.- Kaulah
Sapelagi
No comments:
Post a Comment