“SAYA nampak dua
lelaki turun dari tingkat tiga guna saluran paip dan saya percaya seorang ialah
Ustaz Yusuf,” kata seorang peniaga yang kebetulan lalu di depan tahfiz itu
semasa kejadian.
Allahyarham Ustaz Mohd Yusof Md, 26,
merupakan salah seorang warden yang terkorban dalam tragedi kebakaran pusat
tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara pagi semalam.
Beliau dikatakan sudah selamat keluar
daripada tingkat tiga bangunan itu, namun dia telah masuk semula bagi
menyelamatkan anak muridnya yang terperangkap. Namun, akhirnya dia juga
terkorban ketika kejadian itu.
Kebetulan ketika kejadian kebakaran itu
berlaku, Hadam Ismail, 50, sedang dalam perjalanan untuk ke Pasar Keramat
dan dia melalui Jalan Keramat Hujung.
Dia mendengar bunyi kuat seperti bunyi
ekzos motosikal yang kuat dan ternampak percikan api dari arah belakang pusat
tahfiz tersebut.
“Hari ni saya lewat sikit ke pusat
berniaga, kebetulan pula saya lalu di depan pusat tahfiz tersebut. Bila saya
sedar asrama tu terbakar, saya terus hubungi 999,”katanya ketika
ditemui pihak media tempatan semalam.
Sebelum ini, Hadam merupakan peniaga
pisang goreng di depan pusat tahfiz itu dan dia juga sering kali memberi pisang
goreng kepada ramai pelajar di tahfiz itu.
“Dulu ketika berniaga pisang goreng
memang selalu beri pisang goreng di pusat tahfiz itu. Jadi memang saya kenal
Ustaz Yusof,” katanya lagi.
Selain Ustaz Yusof, seorang lagi warden
yang terkorban dalam kejadian semalam ialah Ustaz Amirul yang baru sahaja melangsungkan
majlis persandingan minggu lepas.
No comments:
Post a Comment