KUALA LUMPUR: Muhamad Hanif Mohamad Zaki, tampil memohon
supaya netizen memaafkan isterinya Anzalna Nasir.
Katanya:

Alhamdulillah,
inilah kenyataan dari isteri saya. Janganlah mencari kesalahan orang lain hanya
untuk melemahkannya, kerana kitapun belum tentu lebih baik darinya. Akan selalu
terlihat salah oleh orang yang tidak boleh berbesar hati melihat di sebaliknya.
Buat yg MENGUTUK, MEMERLI lagi pula MENGEJI, Semoga sentiasa dirahmati oleh
Allah swt. InsyaAllah disusuli oleh kenyataaan dari adik ipar saya. #semogadiberipetunjukdanhidayah.
Netizen mengecam
pelakon ini apabila Anzalna mengatakan Bella (isteri Alif Aziz) meroyan. Bagi
netizen, perkataan meroyan tidak sepatutnya dikeluarkan kerana ianya adalah
sensitif.
Tidak kurang juga
yang turut mengatakan Anzalna mandul dan mengugut untuk merampas Hanif daripada
Anzalna.
Menyedari
ketelanjuran diri, Anzalna muncul dan memohon maaf.
Pesan admin #KLSL,
tiada manusia yang sempurna tanpa kesalahan. Adalah mulia seorang yang mampu
memafkan. Jika difikirkan sebenarnya kita yang terlebih melatah dan mengata.
Pihak Anzalna telah
memohon maaf kepada netizen, bila pulak netizen nak memohon maaf pada dia.
Bukankah netizen turut berdosa kerana berkata yang bukan bukan pada mereka.
Macam mana pulak netizen nak minta maaf.
Silalah berdoalah
semoga Anzalna memaafkan orang yang mengata dia.
“Tidak halal apabila seorang Muslim menjauhi kawannya lebih dari
tiga hari. Apabila telah lewat waktu tiga hari tersebut maka berbicaralah
dengannya dan beri salam. Jika ia menjawab salam maka keduanya akan mendapat
pahala dan jika ia tidak membalasnya maka sungguhlah dia kembali dengan membawa
dosanya, sementara orang yang memberi salah akan keluar dari dosa.
(HR. Muslim)