
Mesti ada diantara kita yang
memiliki tubuh kurus tetapi masih ada lemak sana sini. Apa punca terjadinya
lemak sedangkan anda berbadan kurus?
Okey! Kepada sesiapa yang mempunyai
situasi macam ini, jaga-jaga sebab ia mengundang risiko pelbagai penyakit yang
anda tidak sedar. Jangan ingat, anda berbadan kurus dan anda sihat tau!
Menurut pakar di New York iaitu
Lauren Klien, ramai individu yang berbadan kurus kelihatan seperti normal
tetapi apabila melakukan rawatan, pelbagai penyakit yang menyerang individu
tersebut.
Cara paling simple untuk anda tahu
sama ada anda mempunyai lemak atau tidak, lihat sahaja di sekitar perut anda. Terdapat
beberapa faktor yang menunjukkan anda tidak sihat walaupun anda mempunyai badan
yang kurus.
Kalau anda mempunyai
simptom-simptom dibawah, jangan lengahkan masa! Bertindaklah dengan segera ye.
- Tidak pernah melakukan senaman mahupun olahraga selepas
tamat persekolahan.
- Sering mengambil makanan manis sehingga ia mengakibatkan
anda sukar untuk fokus, pelupa dan mempunyai konsentrasi yang rendah.
- Jarang mengambil makanan yang mengandungi protein.
- Bahagian perut jauh lebih besar berbanding bahagian tubuh
yang lain.
- Pola pemakanan yang kebanyakannya terdiri daripada
karbohidrat dan sering mengambil makanan yang diproses atau gula secara
berlebihan.
- Berasa pening setelah melakukan olahraga.
- Mudah berasa penat dan kurang bertenaga.
Haa amacam? Agak-agak anda ada tak
simptom diatas? Kalau tak ada, tahniah kerana anda sihat! Kalau ada pula, pergi
bersiap dan jumpa doktor untuk tahu tentang kesihatan anda.
Sumber : Health Kompas
Like dan Share ya. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment