Andainya dapat aku undurkan masa!
Min, sy nak mintak tolong, hide
kan fb sy kalau admin share kan confession sy ni. Mintak tolong sgt2 hidekan
identity sy sbb sy masih dalam TLC sekarang, cuma sy dah tak aktif. Nanti tak
pasal2 mereka datang serang sy. Share benda ni supaya takda org terpedaya lagi.
Alkisah sy ni, dari zaman study kat IPG lagi perasan,
ada kakak2 senior yg update status pasal pergi trip oversea, masa 2015 tu
mereka pergi Beijing kalau tak silap. Pergi dengan bisnes partner katanya,
pakai baju semua seragam. Tapi time tu tak tanya lagi bisnes apa dia buat.
Malas nak ambil kisah.
Then awal tahun ini, tengok kawan rapat sendiri selalu
post2 pasal produk Hai-o, pun sy masih malas nak ambik kisah dia buat bisnes
apa. The masa bulan April tu, kawan ni tadi ajak makan kat Sushi King, nak belanja
sy makan konon. Okay borak2, dia tau sy punya HOT BUTTON!
Itu istilah mereka guna, HOT BUTTON sy adalah BEBASKAN
FAMILY dari masalah kewangan. Dia cerita lah dapat bonus more than 10k, siap
ada bonus masuk dalam akaun parents bagai, pandai pulak dia buat ayat touching,
Kalau tak ikut bisnes ni, mana aku dapat bagi parents aku ribu2, bayar kereta
mahal2 (dia baru keluarkan kereta Honda time tu), gaji cikgu mana cukup Untuk
buat semua tu?
Aku pun terfikir masa tu, kawan aku ni dah join dan
"terbukti" dia dah dapat tolong parents. So aku tanya lagi kat dia,
so apa aku perlu buat? Perlu "Cari orang" tak? Dia cakap tak perlu.
Yang cari orang tu hanya CLA.
WTF kalau aku ingat balik ni, aku memang sakit hati.
Kalau Aku tahu yg TLC ni perlu "Cari orang" untuk jadi geng berhutang
dengan bank, sumpah masa tu jugak aku tak akan dengar kawan aku ni explain
pasal bisnes TLC ni. Dia just cakap, aku cuma perlu senaraikan 5 nama sebagai
prospek untuk beli PB.
That's all. Aku tanya lagi, macam mana kalau PB tak
terjual? Dia cakap lagi, mesti terjual punya, asal ikut cakap mentor. Fine, Aku
dah terbuka hati dah masa tu. So kitorang balik lah dari Sushi King, dia siap
bayarkan semua.
Then next Monday tu , dia whatsapp aku, gtau aku perlu
buat loan cepat2 sebab kalau lambat, nanti tak sempat merasa bonus bulan 5. Aku
pun dengan bodohnya uruskan loan kat Bank Rakyat, masa kat bank aku baru
teringat nak tanya kawan tu, berapa aku perlu loan, dia cakap ambil yg 65k.
Hambek kau. 62k terus bank in dengan Hai-o. Aku tak ambil masa lama untuk lulus
loan sebab kerja kerajaan.
Then bermula lah hidup bertuhankan mentor. Pagi petang
siang malam mentor tanya itu ini. Suruh itu ini. Mula2 kawan cakap cuma perlu
senaraikan 5 nama, lepastu mentor atas kawan tu suruh listkan 24 nama. Perlu pm
semua nama tu, promote pasal PB tu.
Masa tu memang kerja hakiki terganggu. Dok tengok
henpon. Kalau lambat reply mentor, mula kena sindir. Then 11 Mei tu masuk bonus
pulak, pergh rasa kaya sangat2 sbb 10k masuk akaun aku, aku siap tunjuk kat
parents aku, mereka tak percaya.
Aku beli macam2 sebab dalam otak aku, nanti next month pun akan
masuk bonus jugak. Dungu nya aku. Dan dalam bulan Mei tu aku baru tahu, yang
aku perlu cari orang supaya layak ikut trip ke Tangalooma.
Masa tu mentor suruh approach kawan2 rapat, kalau
ingat balik, gara2 bisnes ni kawan2 hilang. Aku tak salahkan kawan2 yg hilang
tu. Salah aku. Mentor dok push aku contact kawan2, pujuk kawan2 supaya ikut
bisnes, sampai mentor taip mesej, lepastu aku perlu translate segala mesej tu
sebab aku mesej ngan kawan2 pakai bahasa lain, serius stress.
Aku pernah try cakap ngan prospek aku yg merupakan
kawan rapat aku jugak, ikut cara aku sendiri. Aku nak slow talk. Mentor siap
marah, cakap aku degil tak nak ikut cakap. Lepastu kena sindir lagi kat group
WhatsApp.
Nasib baik prospek aku tu tak buat loan gara2 aku.
Kalau tak, aku mesti rasa bersalah gila. Sorang lagi kawan lelaki aku, mentor
aku ni paksa aku paksa dia buat loan semua tu. Dulu kami ni rapat , lepas aku
paksa dia gara2 mentor suruh screen shot conversation sebagai bukti aku dah
paksa dia, kawan aku tu ignore terus WhatsApp aku.
Nasib baik kau ignore aku bro.
Selamat kau, kalau tak, jadi macam aku. Spanjang bulan Mei aku stress. Sekali
11 Jun, aku check, takda bonus masuk ! Baru lah kawan yg bawa aku masuk bisnes
tu bagitau, kita perlu beli produk Hai-o dulu, baru bonus masuk Untuk bulan
seterusnya. baru lah aku nampak permainan bisnes ni dengan jelas.
Maka bulan Jun aku pulun beli produk, ada aku beli
untuk jual balik, tapi tak terjual pun. Produk muka satu botol sampai 100+
harga. Tak juga muka aku jadi cantik pakai tu. Macam takda kesan. 900 ringgit
habis Untuk beli produk pada Jun dan bonus pada Julai masuk 100+ sahaja! Nampak
permainan dia?
Dengan PB tak laku, bonus tak akan masuk kalau kau tak
keluar modal dulu, dengan setiap malam mereka buat live fb untuk coaching,
dengan mentor yg haus perhatian, setiap kali dia inform sesuatu kat group,
wajib reply 'Okay noted with love'.
Lepastu kena paksa menunjuk2 harta kekayaan kita kat
facebook dan instagram, semua benda dalam TLC berlawanan dengan apa mereka
selalu cakap "Rezeki di tangan Tuhan, kita bisnes kerana ibadah, kita
bisnes kerana ibu bapa,"
Banyak pembaziran berlaku selama aku join TLC ni..
Bulan Mei haritu aku sanggup beli baju ratus2 untuk hadir event dia, mentor
cakap wajib pergi supaya dapat up kan bisnes, masa tu aku perasan, jenama2
budak2 TLC pakai, Swarovski, Rizman Ruzaini, Michael Kors, sumpah hadiah2 yang mereka
bagi kat high achiever memang mewah. Dan yang dungu2 macam aku, yang tak dapat2
lagi downline, memang macam melukut di tepi gantang. Takda orang pandang kau.
Sampai sekarang, 24 set PB tak terjual, sebab over
mahal, yg Dah terjual, kawan yg beli tu belum bayar, kesian kat dia, yang aku
ni sekarang, dah tak aktif jual2, sebab aku malu. Aku taknak tipu orang lain.
Mungkin PB ada datangkan kebaikan dari segi kesihatan Tapi dari segi duit,
menjadikan aku berhutang more than 65k. Aku perlu bayar 700 Untuk loan ni.
Selama 10 tahun! Bayangkan! Aku
tanggung semua ni. Dari niat mula2 nak keluarkan family dari masalah kewangan,
sekarang aku ada hutang sendiri, sama jugak, back to square one, menyusahkan
ibu bapa 😢 Tapi aku janji dengan diri, aku akan bayar pakai gaji
bulan2 aku yg aku anggap tak cukup dulu.
Kawan2 rapat dah tak rapat sebab
mereka takut aku akan bawa mereka join bisnes ni. 😢 Now mentor tinggalkan aku/ vise versa sbb aku taknak
dengar cakap. Ibu bapa pula, aku tak tau nak cerita kat mereka macam mana
keadaan ekonomi aku sekarang, semua ni tak akan jadi kalau aku tak termakan
pujuk rayu mereka dulu.. Menyesal sangat2.. Jadi untuk rakan2 di luar sana,
jangan jadi macam aku. Aku ada 9 tahun lebih lagi untuk selesaikan hutang2,
sekarang aku okayla belum kawin, belum banyak tanggungan, Tapi nanti lepas
kawin, dengan hutang ni?
Pray for me, I pray for you guys agar tak terkena. biar
lah sederhana, tak payah gila kan kemewahan, asal kita bahagia. Asal takda
"mentor" datang serabutkan otak you guys tiap masa paksa you guys
untuk paksa orang lain.
That's all from me, insan
menyesal !
Kredit: PW Community's
Ulasan #KLSL
Jangan lah buat loan peribadi untuk MLM. Dan
kalau boleh elakkan buat loan peribadi untuk sesuatu yang tak penting.
No comments:
Post a Comment