2 OGOS 2017, KUALA LUMPUR - Gara-gara pelawaan "Hai bang, jom hotel RM100”
kepada seorang anggota polis, seorang lelaki yang berambut lurus paras bahu dan
memakai baju T ketat warna putih bersama skirt jeans paras paha didenda RM1,800
atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret.
Hukuman dibacakan selepas dia
mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Anak bongsu lima beradik itu didapati
menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan kepada Koperal Roslin
Ahmad Fuad semasa sedang berdiri di kaki lima, di hadapan Restoran Vietnam,
Jalan Berangan, Bukit Bintang, di sini, dengan berkata "Hai bang,
jom hotel RM100” pada jam 4.50 pagi, 31 Julai lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 372 (B)
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau
kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur
Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran. Bagaimanapun,
tertuduh yang diwakili peguam, S. Narasimhan merayu hukuman ringan dengan
alasan ini adalah kesalahan pertama anak guamnya.

Sumber- Bernama
No comments:
Post a Comment