RAMAI antara kita, takut
untuk menggunakan produk penambah perasa Monosodium Glutamat (MSG) seperti
Perencah Umami Ajinomoto dalam masakan kerana sering dimomokkan kesan
negatifnya kepada kesihatan.
Sehinggakan ada yang mengharamkan
produk itu berada di dapur rumah mereka.
Antara yang selalu kita dengar akibat
kesan produk ini seperti kepala cepat botak, kepala pening, cepat berasa haus
dan paling digeruni penyebab kanser.
Bagaimanapun, sekiranya produk ini
banyak memberi kesan negatif kepada kesihatan, mustahil syarikat dan jenama
Ajinomoto yang terkenal dengan MSG ini kukuh dan terus berkembang sehingga
kini.
Tidak ada pula sesiapa yang pernah
mengalami kesan dinyatakan tampil membuat sebarang tindakan atau mengeluarkan
kenyataan berkaitan kesan negatif pengambilan MSG tersebut.
Sebenarnya segala tohmahan dan
kata-kata dimomokkan selama ini adalah tidak benar sama sekali dan ia hanya
mitos semata-mata.
Berkesempatan mengikuti lawatan ke
Infoseum Ajinomoto yang terletak di kilang terbesarnya di Jalan Kuchai Lama,
Kuala Lumpur baru-baru ini, pada program Ajinomoto Media Gathering
2017-Exploring The Wonders of Umami, pelbagai perkongsian diberikan mengenai
produk jenama tersebut.
Paling menarik apabila ke sudut Info
mengenai mitos sering dikaitkan dengan MSG. Persoalan MSG, terutama punca
dahaga tiada bukti saintifik bahawa kehausan berkaitan fungsi sodium dalam
pengawalan keseimbangan bendalir badan.
Kehausan akan berlaku apabila
mengambil sodium berlebihan. Walaupun MSG mengandungi sodium tetapi
kandungannya hanya 12 peratus berbanding sodium dalam garam biasa iaitu 40
peratus.
Makanya, lebih baik mengambil MSG
seperti Ajinomoto dalam masakan berbanding garam kerana kandungan sodium tinggi
punca anda cepat berasa haus.
Malah tiada juga bukti saintifik
mengatakan MSG menyebabkan keguguran rambut dan migrain.
Selain itu, ada mitos yang selalu
didengari, MSG terhasil daripada bahan kimia. Namun realitinya, MSG dihasilkan
daripada bahan-bahan semula jadi seperti ubi kayu atau tebu melalui proses
penapaian, proses sama untuk menghasilkan tapai, kicap soya, cuka dan dadih.
Bantu masalah
kesihatan
Berpeluang menelusuri sejarah Umami
Ajinomoto, ia bermula sejak 1909, di mana ketika itu, seorang ahli sains Jepun,
Profesor Kikunae Ikeda mengenal pasti glutamat sebagai punca rasa enak yang
dibuat daripada rumpai laut pada 1908.
Beliau menamakan rasa itu sebagai
umami. Seterusnya, Ikeda mempelajari cara mengasingkan glutamat untuk
menghasilkan penambah perisa, MSG.
Ajinomoto dipasarkan di Jepun pada
1909 dan kini lebih 100 tahun di seluruh dunia. Ia memasuki pasaran Malaysia pada
1965, Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan mempunyai lapan cawangan di negara ini.
Pasti anda tertanya apa itu glutamat
dan umami? Glutamat merupakan sejenis asid amino yang boleh ditemui di dalam
kebanyakan makanan semula jadi termasuk susu ibu. Glutamat adalah komponen
utama MSG, di mana ia mempunyai satu fungsi unik berupaya memberi rasa umami
dalam makanan.
Sementara umami pula dikenali secara
saintifik sebagai rasa asas kelima selain rasa manis, masam, masin dan pahit.
Umami rasanya seperti daging dan ia datang daripada makanan yang kaya glutamat.
Kebaikan Perencah Umami Ajinomoto
pula, bantu melazatkan makanan, tingkatkan selera makan dan galakkan
pengambilan nutrien bagi kanak-kanak dan warga emas serta kurangkan risiko
tekanan darah tinggi termasuk masalah kesihatan lain dengan mengurangkan 30
peratus pengambilan sodium.
Keselamatan
terbukti
Mengenai keselamatan produk pula,
berdasarkan penilaian Pertubuhan Biologi Ujikaji Amerika Syarikat, MSG
diklasifikasikan bawah kategori Secara Umumnya Diiktiraf Selamat (GRAS).
Ia diakui Pakar Nutrisi yang juga
Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia, Dr Tee E Siong yang turut berkongsi
kelebihan umami dan MSG dalam ceramahnya, Malaysia Diet.
E Siong berkata, dengan hanya sedikit
MSG atau penambah perasa umami, pengambilan garam boleh dikurangkan sehingga 30
peratus, pada masa sama keenakan makanan terus dikekalkan.
Fakta keselamatan Umami Ajinomoto itu
juga disokong Chef terkenal, yang juga Pengarah Akademi Latihan Kulinari, Chef
Bernard Lee, ketika melakukan demonstrasi masakan pada program tersebut.
Bernard berkata, sebaiknya diletakkan
terlebih dahulu MSG dalam masakan, sebelum meletakkan garam. Beliau akui banyak
kelebihan dan manfaat MSG daripada umami yang sebelum ini kurang diketahui.
Sumber: Sinar Harian
1 comment:
Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Biloxi
Harrah's Cherokee Casino & 광주광역 출장안마 Hotel. 845 Casino Drive, 전라북도 출장마사지 Cherokee, NC 28719. 김제 출장안마 Directions · (888) 863-3100. 과천 출장마사지 Call Now · More Info. Hours, Accepts 김포 출장안마 Credit Cards, Attire
Post a Comment