KUALA
LUMPUR - Pengasas syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri
Hasmiza Othman berhasrat untuk membawa 18 pelajar yang terlibat dalam kebakaran
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
(DQI) di Jalan Keramat Ujung di sini, untuk menunaikan umrah dalam masa
terdekat.
Hasmiza
atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 46, berkata keputusan itu dibuat
selepas menerima cadangan netizen apabila ditanya langkah yang perlu beliau
ambil bagi menghilangkan kemurungan semua pelajar terbabit.
"Saya
ingin mengambil mereka sebagai anak angkat saya dan membawa mereka semua ke
rumah saya di Ipoh, Perak selama sebulan untuk menghilangkan trauma dan
menenangkan mereka selepas terlibat dalam kebakaran.
Hanya
mereka yang pernah terlibat dalam kejadian ini yang memahami dan saya sendiri
pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam kebakaran dulu," katanya
pada pemberita selepas melawat pusat tahfiz itu di sini malam ini bersempena
sambutan Awal Muharram 1439H.
Beliau
berkata, lapan kakitangan pusat tahfiz itu akan turut serta mengerjakan umrah
bersama mereka.
Selain
pakej umrah itu, beliau juga bercadang untuk membawa semua mangsa untuk bercuti
bagi merawat trauma kanak-kanak
terbabit.
Khamis
lalu, 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban
akibat terperangkap di asrama dalam tragedi kebakaran jam 5.15 pagi. - Bernama
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment