Sunday, 3 September 2017

Kisah bapa tiri umur 70 tahun cabul anak. Ayah rasmi, abang nampak. Suruh abang diam, abang pun nak bahagian. Pakcik tahu, pakcik pun nak merasa. Kerana pakatan ahli keluarga macam inilah, mangsa dikendurikan sehingga bawa benih entah siapa.



Kisah bapa tiri cabul anak.

Bapa tiri umur 70 tahun.

Anak kecil ini umurnya baru 7.

Mak ternampak si ayah tiri mengusap alat kelamin si anak. Mak jerit, panik, contact pengurus rumah perlindungan. Minta bantuan.

Pengurus bergegas ke rumah mangsa.

Rupa-rupanya, ada yang lagi cepat.

Abang² tiri kepung kawasan. Mak dan anak tidak dibenarkan keluar dari rumah untuk buat laporan polis ataupun bawa anak kecil itu berlindung di rumah lain.

Kata mereka, "Usik je, bukan nya JOLOK pun.."
Kata mereka, "Ayah dah tua, sakit jantung".
Kata mereka, "Bukan perkara besar".

Kau orang nampak tak?

Inilah puncanya kenapa mangsa rogol berdiam diri. Kerana diminta menjaga maruah si syaitan.

Inilah puncanya penderaan seksual kanak-kanak jadi pesta keluarga. Ayah rasmi, abang nampak. Suruh abang diam, abang pun nak bahagian. Pakcik tahu, pakcik pun nak merasa. Kerana pakatan ahli keluarga macam inilah, mangsa dikendurikan sehingga bawa benih entah siapa.

Sekarang ni, siapa yang salah?

Mangsa jugakah?
Kenapa diamkan?
Sebab sedapkah?
Atau sebab terlalu ramai pelindung syaitan?

Now.. Apa kesudahan nasib budak ni, entah.

Kesian budak ni, baru umur 7 tahun.

Rosak mental kau nak, berumah dengan laknatullah.

Sesiapa yang merahsiakan insiden pencabulan atau penderaan seksual kanak², saya doakan semoga korang duduk sekawah dengan syaitan di sana kelak.

Dari FB Zeeda Aziz



No comments:

POST PALING POPOULAR