Tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pagi tadi ternyata meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia. 21 orang pelajar tahfiz dan 2 orang guru disahkan terkorban, 4 cedera parah dan 3 lagi mengalami cedera ringan.
Pembaca Buletin
Utama TV3, Nor Intan Ezreena Amir Hamzah tidak dapat menahan kesedihan apabila
dilihat sebak ketika membacakan berita tentang surat salah seorang pelajar
tahfiz yang maut kepada ibunya.
Sementara itu dalam
satu kenyataan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengeluarkan
kenyataan bahawa kebakaran bukan berlaku kerana litar pintas.
Hasil siasatan Unit
Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis
utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.
Kita dapati cara
api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak
adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak
fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk
api marak dan merebak.
Berdasarkan
maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian
pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua
tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak.
Pihak bomba percaya
terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran itu berlaku.
Siasatan terperinci sedang dilakukan.
Sumber : Buletin TV3, Berita Harian,
BERNAMA
No comments:
Post a Comment