Sejak memulakan tayangan dua minggu lalu, filem seram Annabelle:
Creation berjaya menewaskan karya besar di Box Office Amerika Syarikat (AS) dan
beberapa negara lain.
Prekuel filem Annabelle (2014)
ini dilaporkan meraih kutipan RM150.56 juta dalam tempoh tiga hari tayangan di
Amerika Syarikat.
Pencapaian karya arahan David F
Sandberg itu dikatakan paling berjaya dalam siri The Conjuring berikutan
sambutannya di 26 negara.
Setakat
ini, filem keempat dalam siri The Conjuring terbabit sudah mencecah kutipan
RM686.32 juta dari panggung seluruh dunia.
Annabelle: Creation yang
mengisahkan penciptaan anak patung dihuni roh syaitan diangkat penonton sebagai
filem seram paling berkesan tahun ini.
Antara kejayaan filem itu
disebabkan plot cerita menarik serta kesan khas yang berjaya membuat penonton
takut dan cemas.
Filem asal Annabelle pada 2014
dikatakan gagal menambat hati penonton namun mengaut hasil jualan tiket
RM158.71 juta pada minggu pertama tayangan.
Annabelle: Creation dibintangi
Stephanie Sigman, Talitha Bateman, Anthony LaPaglia dan Miranda Otto.
Ia mengisahkan sepasang suami
isteri alim sanggup berjumpa dengan bomoh demi ‘menghidupkan’ semula roh anak
perempuan mereka yang mati dalam kemalangan ngeri.
Mereka turut mengikut permintaan
roh itu untuk ‘hidup’ dalam anak patung kesayangan anak mereka.
Bagaimanapun, pasangan ini tidak
menduga roh terbabit sebenarnya syaitan dan menghalaunya menggunakan kaedah
sendiri.
Akhirnya, anak patung itu
dikurung dalam sebuah bilik oleh pihak gereja namun roh jahat terbabit kembali
mengganas selepas sekumpulan anak yatim tinggal di kediaman pasangan berkenaan.
Selain Annabelle, terdapat lima
lagi filem seram menarik yang bakal ditayangkan iaitu IT, Happy Death Day, Cult
of Chucky, Jigsaw dan Mother.
Filem IT yang akan menemui
penonton Malaysia pada 7 September ini adalah adaptasi novel nukilan penulis
terkenal Stephen King.
Watak utama filem ini adalah
badut jahat yang menghantui kehidupan mangsanya. Kehilangan tujuh kanak-kanak
di bandar Derry in Maine turut dikaitkan dengan keganasan badut terbabit.
Manakala filem Mother dibintangi
Jennifer Lawrence, Javier Bardem, Ed Harris akan ditayangkan di seluruh negara
mulai 14 September ini.
Ia mengisahkan pasangan suami
isteri muda berdepan kejadian ngeri selepas berpindah ke rumah baru.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment