Kemelut rumah tangga pasangan Hafiz dan Joy semakin tegang. Sebelum
ini Joy menfailkan permohonan pembubaran perkahwinannya dengan Hafiz di
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada
Jumaat lalu selepas Hafiz meragui perkahwinan yang dibina bersama.
Hafiz dalam pada itu menyatakan dia akan menjelaskan semuanya
selepas ini tanpa melibatkan emosi dengan menjelaskan semua fakta yang terjadi.
Hafiz dan Joy Revfa yang mempunyai seorang anak berumur tiga
tahun telah diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan
sekali lafaz.
Berikut adalah video yang telah di muat turun oleh pihak
Harian Metro dan juga mStar.
Harian Metro
mStar
"KENYATAAN MEDIA HAFIZ
HAMIDUN.
Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
1. Siti Arifah binti Mohd. Amin (Siti Arifah) telah
bernikah dengan Mohd. Rayos bin Abdul Rahim (Mohd. Rayos) di Wilayah Songkhla,
Thailand pada 10 Januari 2013. Pernikahan ini disahkan oleh En. Mohd. Nasir
Awang, Konsul di Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada 11 Januari 2013.
Perkahwinan tersebut tidak didaftarkan di Malaysia dan ini diakui sendiri oleh
Siti Arifah.
2. Siti Arifah mengatakan kepada saya bahawa dia telah
bercerai melalui pesanan mesej aplikasi Whatsapp yang dikirim oleh Mohd. Rayos
bin Abdul Rahim. Berkali-kali dia katakan pada saya dokumentasi cerai masih
tiada dan mendakwa bekas suaminya tidak mahu selesaikan urusan perceraian. Siti
Arifah tahu ini akan menimbulkan masalah kepadanya pada masa akan datang.
3. Pada setiap masa Siti Arifah mengetahui masih belum
ada surat perakuan cerai sehingga sebelum tarikh pernikahan lagi. Saya pada
setiap masa sudah mengambil langkah mengarahkan Siti Arifah menyelesaikan hal
surat perakuan cerai dengan bekas suaminya. Tetapi Siti Arifah tetap tidak menyelesaikan
sehinggalah beberapa hari sebelum hari pernikahan.
4. Pernikahan diteruskan setelah pihak Pejabat Agama
Daerah Petaling berpuas hati dengan pernyataan daripada pihak Siti Arifah
bahawa penceraiannya dengan suami sebelum ini telah berlaku. Pernikahan di
antara saya dan Siti Arifah dilangsungkan dengan akujanji Siti Arifah untuk
memberikan surat perakuan cerai perkahwinan terdahulu selepas majlis akad
nikah.
Walaubagaimanapun itu tidak bermakna saya
sewenang-wenangnya mengambil mudah hal ini lantas ia turut menimbulkan keraguan
terhadap status perkahwinan saya dan Siti Arifah. Setiap kali saya minta surat
perakuan cerai, ada saja alasan yang Siti Arifah berikan.
5. Oleh kerana kami telah gagal mendapat surat cerai
tersebut dan juga disebabkan keraguan yang timbul, saya bersama Siti Arifah
telah ke Songkhla pada 1 Jun 2017 bagi menguruskan Cerai Taklik di antara dia
dan bekas suami di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
6. Permohonan cerai taklik Siti Arifah dan bekas
suaminya telah diterima oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan disahkan
jatuh talak satu pada 13 Julai 2017.
7. Pada 8 Ogos 2017 saya dan Siti Arifah telah ke
Pejabat Agama Islam Daerah Petaling untuk menyerahkan surat cerai taklik
tersebut dan menjalani siasatan bersama Pegawai Tadbir Agama Daerah.
Hasil siasatan mendapati bahawa Siti Arifah masih
dalam ikatan perkahwinan dari suami yang terdahulu ketika pernikahan kami yang
berlangsung pada 1 Mei 2017.
8. Laporan Pernikahan sepanjang dua muka surat telah
dipanjangkan ke Mahkamah Syariah Petaling untuk difaraqkan (dibubarkan)
pernikahan disebabkan pernikahan tidak sah kerana Siti Arifah masih isteri
orang.
9. Hasil persetujuan bersama, permohonan faraq akan
difailkan oleh saya bukannya Siti Arifah. Saya bersetuju untuk mengambil
tanggungjawab ini. Pihak keluarga Siti Arifah yang turut berada di Pejabat
Agama Islam Daerah pada 8 Ogos 2017 juga turut memohon supaya prosedur ini
dijalankan secara tertutup.
10. Saya ingin mengesahkan bahawa pada pagi Isnin 21
Ogos 2017 saya telah menyerahkan permohonan Faraq (pembubaran) nikah di antara
saya dan Siti Arifah di Mahkamah Syariah Daerah Petaling. Namun permohonan
tersebut tidak dapat didaftarkan kerana pihak Siti Arifah juga telah membuat
permohonan yang sama pada hari Jumaat 18 Ogos 2017 di Mahkamah Syariah Shah
Alam.
11. Lanjutan pemfailan permohonan faraq itu, saya
telah pada 22 Ogos 2017 melantik Peguam Syarie, Tuan Haji Azmi bin Tan Sri Dr
Mohd. Rais dari firma guaman Zulkifli Yong Azmi & Co. bagi mewakili pihak
saya berhubung tuntutan faraq nikah yang telah difailkan oleh Siti Arifah.
12. Tidak ada sebarang keperluan untuk saya menjawab
sebarang persoalan yang timbul dari kenyataan pihak Siti Arifah kerana tiada
kepentingan awam dan ada fakta-fakta yang disembunyi serta dikelirukan.
13. Semoga urusan ini akan dipermudahkan dan kebenaran
akan tetap terbela. Tidak akan ada sebarang kenyataan lanjutan sementara
menunggu kes ini diselesaikan sebagai menghormati kredibiliti dan kearifan
pihak Mahkamah.
Mohammad Hafiz bin Hamidun
22 Ogos 2017
Damansara Perdana
22 Ogos 2017
Damansara Perdana
No comments:
Post a Comment