
Akan ada lelaki yang tidak merancang untuk berkahwin dalam masa
terdekat tetapi menjalinkan hubungan cinta dengan seorang perempuan sekadar
suka-suka dan mengisi kesepian di hati. Tengok semua kawan-kawan dia ada makwe,
dia pun nak ada sama.
Dah tiga tahun bercinta pun masih tak serius lagi menuju ke alam
rumah tangga. Lebih teruk lagi boleh cakap "ada jodoh, kahwin la
kita."
Perempuan dah sayang kat kau, kau boleh pula cakap kalau ada
jodoh ada la. Dah tiga tahun bercinta, kau bagi harapan kat dia, kau ajak dia
keluar dating boleh lagi cakap macam tu?
Kaum perempuan ni, malas nak start balik. Dia setia je dengan
kau, tapi kau buat tak kisah pulak. Kalau kau tak ada niat nak kahwin dengan
dia tak payah la nak beri harapan atau ajak dia bercinta dulu. Simple.
Dah bercinta lama-lama bila dah rasa boring, mula la nak minta
putus. Bagi alasan "awak terlalu baik untuk saya la", "saya tak
sempurna", "saya tak bersedia jadi suami la". Macam bangang.
Kesian lah duk buang duit, buang masa, buat dosa kalau tidak
bercita-cita nak kahwin dalam masa terdekat kan. Kalau muda lagi takpe la, ini
nak masuk umur 30 tahun pun kata tak bersedia lagi. Tak cukup simpanan wang
lagi. Kesian la ke makwe kau. Jika dia duk tunggu kau bersedia, alih-alih kau
tak jadi kahwin dengan dia macam mana?
Sekurang-kurangnya masuk meminang dulu. Biarlah ada ikatan.
Usaha ke arah perkahwinan itu kena ada. Ini tiap minggu ajak keluar, makwe kau
suruh masuk meminang taknak. Suruh datang jumpa keluarga terus menggelupur
sawan pula. Kakakaka.
Kau usaha la. Perempuan ni tak kisah pun nak kumpul duit
hantaran sama-sama. Masa bercinta kemain caring. Dah dapat terus dingin dan
langsung tak merancang untuk berkahwin.
Lain lah kalau putus cinta sebab bukan jodoh. Kau jangan sengaja
nak main-mainkan hati dan perasaan orang. Jangan sampai makwe kau dah fed up
dengan kau, cari calon lain. Masa tu mula la kau merayu nak dia balik.
Kalau tak serius lepas tu tak sempat simpan duit belanja kahwin.
Akhirnya pinjam bank RM20K. Lepas tu? Kau fikirlah sendiri.
Perancangan kena ada. Kahwin mudah, tapi janganlah kau ambil
mudah. Lepas kahwin kena rancang juga. Kena fikir juga perancangan keluarga
kau.

Kalau kau dah berkenan dengan seseorang tu atau dah lama
bercinta cepat-cepatlah berkahwin. Jangan buang masa dengan bercinta tapi
akhirnya tidak ke mana.
Sekurang-kurangnya bila kau dah mula menjalinkan hubungan dengan
seseorang tu, biarlah ada niat untuk berkahwin bukannya sekadar suka-suka.
Kalau saja nak suka-suka baik tak payah. Faham?
Lelaki yang bakal jadi ketua keluarga. Kau lah patut berusaha ke
arah menjadikan perempuan yang kau suka jadi yang halal. Jangan teruskan bagi
harapan palsu. Jangan teruskan menabur janji manis. Jangan terus membiarkan
makwe kau menanti dan terus menanti.
Yang tengah bercinta tu, gua doakan urusan perkahwinan korang
dipermudahkan. Allah pasti akan mempermudahkan urusan yang baik. Buatlah majlis
setakat yang mampu.
Jangan sebab nak majlis kahwin yang grand, kau tangguhkan
perkahwinan. Rugi bercinta lama-lama.
Jadi, fikir-fikirkanlah apa yang perlu kau buat lepas ni. Jangan
tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. Baru padan muka kau. Kah3!
Tulisan: Siti Nooradila Abdullah Sani II
Idea Asal : Amir Shahir
Like dan share, semoga bermanfaat
No comments:
Post a Comment