Last year, saya pernah jadi
follower tegar page KRT . Sampai satu masa saya jadi terlebih emo sebab terlalu
beria membaca masalah-masalah rumahtangga orang lain.
Jenis saya, saya suka bercerita
balik apa yang saya baca itu dengan suami. & ternyata suami saya tidak
sukakan hal itu (sebab bila bercerita tentang kes suami bermasalah, hujung ayat
saya akan warning dia jangan buat sebegitu).
Sehinggalah senyap-senyap rupanya
suami saya unlike page itu & unfollow friends yang aktif di page itu kerana
dia tidak sukakan pengaruh yang membaja dalam diri saya.
Dia juga pernah memberi teguran,
yang saya masih terkesan.
Jangan terlalu ghairah memberi
komen rumahtangga orang lain; seolah kita takkan diuji, sedangkan mungkin
sahaja kita belum diuji. Tahajjud kita sahaja belum sempurna setiap malam,
petanda begitulah kerdilnya kita ini.
Siapa kita mahu memberi komen
rumahtangga orang lain sedang kita pun tidak pasti samada Allah sedang meredhai
rumahtangga kita ataupun tidak.
Allahuakbar.
.
Tak tahulah orang lain, tetapi
saya rasa hidup lebih okay tanpa membaca terlalu banyak masalah (read: negatif)
& jujurnya pernah sampai jadi meragui suami. Astaghfirullah.
Seseorang yang dekat di hati saya
selalu berpesan; jaga apa yang kita baca, sebab itulah yang akan membentuk
pemikiran kita. Sekiranya seorang isteri tidak mahu suaminya berlaku curang,
main perempuan, menipunya. Jangan pernah sekalipun membayangkannya. Bila asyik
imagine yang buruk, sangka yang buruk, seolah kita meminta keburukan datang
kepada kita.
Begitu jugalah dengan para ibu.
Walau senakal mana anak, tak mahu study & sebagainya, jangan pernah imagine
anak membesar jadi orang yang tidak baik. Sentiasa ucap, sangka & fikir
yang baik untuk anak.
Ingat kan.. Allah itu menurut
sangkaan para hambaNya.
.
Saya ingat seseorang yang saya
kenal, semasa anaknya masih bersekolah memang sangat nakal, ponteng, tidak
perform dalam bidang akademik mahupun sukan. Tetapi baru-baru ini jumpa semula
masyaAllah dia menjadi insan yang baik akhlak & maju dalam bisnes. Bila
ditanya, dia akan menjawab; "ini semua doa ibu saya yang tak pernah putus
asa kepada Allah & kepada anaknya ini."
MasyaAllah.
Ibaratkanlah kita ini nukleus
atau magnet. Bila yang dibaca, disangka, difikir, ditulis & diucap semuanya
baik-baik, ia akan menarik kebaikan juga. InsyaAllah.
Tak percaya, kalau kita tengah
emosi & asyik nak marah, waktu itu jugalah kita lihat anak-anak paling
banyak ragamnya kan?
Saya menulis ini; pesan untuk
diri sendiri juga.
Yang selalu khilaf & emo;
Intan Dzulkefli.
Intan Dzulkefli.
Like dan share. Thank you.

No comments:
Post a Comment