Bukan sahaja dikurnia rupa paras yang
cantik malahan aksi lincahnya di gelanggang gimnastik sentiasa menjadi tumpuan
netizen terutamanya bagi pengemar sukan tanah air.
Selain bijak dalam pelajaran, anak
jati Selangor berdarah campuran Melayu-Kanada itu sudah menunjukkan prestasi
cemerlangnya dalam bidang sukan sejak kecil lagi. Baginya, umur tidak membatasi
kemahuannya untuk berjaya dalam sukan yang diminatinya. Hebat kan???!!
Jom kenali dengan lebih dekat figura
berbintang Taurus ini.
Biodata Farah Ann
1. Nama Penuh: Farah Ann Abdul Hadi
2. Nama Komersil: Farah Ann
3. Tarikh Lahir: 3 Mei 1994
4. Umur: 23 tahun (2017)
5. Asal: Subang Jaya, Selangor
6. Keluarga: Anak kedua daripada tiga
adik-beradik
7. Agama: Islam
8. Keturunan: Kacukan Melayu-Kanada
9. Warganegara: Malaysia
10. Kerjaya: Atlet Gimnastik Malaysia dan
Model
11. Prinsip Hidup: Percaya pada diri
sendiri
Pencapaian:
-Pingat perak (kategori palang) di
Kejohanan Gimnastik Piala Dunia 2016 di Ljubjlana, Slovenia.
-Pingat dua pingat Emas dan tiga
pingat gangsa di Sukan SEA 2015 Singapura.
-Juara keseluruhan Kejohanan
Gimnastik Artistik Kebangsaan ke-29 di Bukit Jalil dengan merangkul tiga emas,
satu perak dan satu gangsa dengan mewakili negeri Selangor.
-Pingat perak di Sukan SEA 2011
Indonesia.
Akaun sosial
Twitter: https://twitter.com/farahannhadi
Instagram: https://www.instagram.com/farahann94
Trivia Menarik Farah Ann
1. Mula menceburi sukan gimnastik sejak
berusia tiga tahun lagi.
2. Menyifatkan dirinya sebagai seorang
yang peramah, penuh motivasi, sukakan pengembaraan dan kadang-kala cemerkap.
3. Gemar membaca buku bergenre fiksyen
dan fantasi.
4. Memperolehi keputusan cemerlang dalam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 iaitu 5A dan 5B.
5. Selain berehat di rumah, menonton
wayang merupakan aktiviti masa lapangnya.
6. Jika tidak aktif sebagai gimnas,
Farah mahu menjadi jurulatih separuh masa atau pengacara TV.
7. Beliau pernah terlantar di hospital
hampir dua minggu dan berehat di atas katil selama sebulan dek kerana keretakan
lutut, tulang belakang dan jari.
8. Kakaknya iaitu Kartrina Ann Abdul
Hadi merupakan atlet renang berirama negara.
9.Datuk Nicol Ann David dan Pandelela
Rinong merupakan idolanya dalam bidang sukan.
10. Menerima darjah kebesaran iaitu Ahli
Kegemilangan Sukan Selangor (A.K.S) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor,
Suttan Sharafuddin Idris Shah pada Disember 2016.
11.Pernah tercalon di Anugerah Pilihan
Online 2016 (APO 2016) bagi kategori Bintang Sukan Wanita Pilihan Online.
No comments:
Post a Comment