Pasir Mas, 21 Ogos 2017- Cinta tiga segi menjadi punca
seorang lelaki maut ditikam sebanyak dua kali di premis makanan segera di Gual
Tinggi, Rantau Panjang, Khamis lalu.
Difahamkan mangsa mengenali seorang wanita beusia 21 tahun hampir setahun lalu.
Kemungkinan suspek cemburu selepas melihat mangsa sering berjumpa dan makan bersama wanita terbabit sebelum bertindak menikam mangsa.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan sikap cemburu suspek ditikam rapat dengan kekasih suspek punca kejadian tikaman berkenaan dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Menurutnya, susulan itu, pihaknya memburu suspek Saw Kim San, 31, berasal dari Jalan Besar, Tumpat, bagi membantu siasatan.
"Kita percaya suspek masih berada di negeri ini dan tangkapan akan dilakukan pada bila-bila masa.
"Orang ramai atau penduduk sekitar yang mengenali suspek supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di talian 09-7932222 dan minta suspek menyerah diri," katanya.
Tambah beliau, mangsa, Lee Boon Guan, 33, mati akibat kecederaan parah pada bahu kiri dengan kesan tikaman menggunakan senjata tajam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Marian Metro pada 18 Ogos lalu melaporkan seorang lelaki berusia 33 tahun maut ditikam di premis makanan segera di Gual Tinggi, pada jam 5.45 petang, 17 Ogos lalu.
Sebelum kejadian mangsa menikmati makanan segera bersama seorang wanita berusia 30-an di tingkat satu premis berkenaan.
Ketika makan, seorang lelaki berusia 30-an yang membawa beg galas menghampiri mereka dan sempat berbual sebelum suspek mengeluarkan sebilah pisau dan menikam mangsa.
Sumber Harian Metro

No comments:
Post a Comment