Pelbagai cara dilakukan dalam proses
menurunkan berat badan. Cara paling popular adalah diet pemakanan sihat ataupun
bersenam.
Tetapi sebenarnya hanya minum air masak, air putih atau juga
air kosong adalah cara paling cepat, senang dan pantas untuk kurus.
Seperti yang kita tahu, air adalah bahan yang penting
didalam tubuh badan dan sangat diperlukan untuk enzim bagi penghadaman makanan,
pengaliran darah dan peluh atau keringat yang sempurna.
Selain itu, air akan menyeragamkan suhu badan anda dan
membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan.
Air juga penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga
untuk proses didalam se-sel badan.
Air sangat penting kerana berfungsi untuk penghadaman
makanan serta pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air
yang banyak juga akan membantu masalah sembelit.
Oleh itu kita hanya perlu tahu aturan minum air kosong ini
kalau nak cepat kurus.
1. Jadikan Air Kosong Sebagai
Minuman Utama
Bab ini memang selalu sangat orang
pesan. Nampak mudah tapi bila keluar makan di luar sahaja, mulalah mahu order
pelbagai air manis. Kuatkan mental anda untuk menolak minum air manis. Amalkan
memesan air kosong ketika makan di luar dan sering membawa botol air ke mana
sahaja anda pergi.
2. Bawa Botol Air & Tandakan Waktu Anda Perlu Minum
Ini merupakan tips bagi siapa yang
payah sangat mahu minum air kosong. Mahu gunakan botol mineral biasa pun boleh.
Caranya, tandakan setiap 1 atau 2 jam anda perlu habiskan banyak mana. Pastikan
anda mendisiplinkan diri anda untuk meghabiskan air dalam waktu yang
ditetapkan.
3. Sebelum Makan Nasi & Lauk Sedap-Sedap, Minum Dulu Air
Kosong
Cara ini yang paling mudah. Amalkan
meminum segelas air 1 jam hingga 30 minit sebelum anda makan. Ini kerana,
pengambilan air dapat mengurangkan selera makan. Selain itu, anda dapat
mengawal pengambilan makanan dan secara tdak langsung dapat menurunkan berat
badan.
4. Biasakan Minum Air Kosong Sebaik Sahaja Bangun Tidur
Ini memang penting, selain dapat
mengurangkan dapat risiko penyakit lain, minum air kosong sebaik bangun pagi
merupakan salah satu cara yang dapat serta membantu anda untuk kurang makan
ketika sarapan. Sediakan terus air botol di tepi katil. Lepas bangun, terus
minum dan rasakan sendiri kesegaran kepada badan anda. Tidak sangka bukan,
perkara mudah sebegini mampu memberi kesan sepanjang hari.
5. Minum Air Mengikut Kadar Berat Badan
Siapa kata anda perlu minum 8 gelas
sehari sudah cukup? Pengambilan aier untuk setiap individu haruslah mengikut
kadar berat badan individu itu sendiri. Di setiap 1 liter air untuk setiap 25
kg berat badan individu tersebut. Jika berat badan seseorang menigkat maka
kuantiti air yang perlu diminum juga adalah meningkat.
6. Minum Dengan Gunakan Straw
Sedar atau tidak sedar, jika kita
sedang menonton wayang, mudah benar air habis. Begitu jugalah dengan air masak.
Bila ada straw maka perasan atau tidak, ia membantu kita untuk menghabiskan air
masak.
7. Disiplinkan Diri, Minum Segelas Air Selepas Solat
Bagi individu yang beragama Islam,
amalkan pengambilan air setiap kali selepas solat 5 waktu. Pastikan anda telah
menyediakan sebotol air di tepi anda sebelum solat. Cara ini ,akan menjadi
kebiasaan bagi anda setelah solat dan individu yang sering malas serta lupa.
Semua tip yang dikongsikan ini tidak akan berhasil jika anda
tidak konsisten dan sekadar semangat di awal-awal perkara ini dilakukan.

Like dan share ya !
No comments:
Post a Comment