PETALING
JAYA: Polis Daerah Petaling Jaya sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan
utiliti sukan (SUV) Honda CR-V bagi membantu siasatan kes kemalangan
membabitkan seorang penunggang motosikal di Lebuhraya SPRINT, semalam.
Dalam
kejadian itu, penunggang motosikal terbabit yang berusia 24 tahun dipercayai
bergesel dengan SUV terbabit dan cedera yang mana ia dirakam oleh pemandu lain
dan viral di media sosial.
Ketua
Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata polis
juga sudah memperoleh nombor pendaftaran SUV terbabit.
Katanya,
setakat ini hanya penunggang motosikal, iaitu seorang lelaki berusia 24 tahun
tampil membuat laporan malam semalam.
Siasatan
awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 1.16 petang ketika mangsa yang
bekerja di Atria Soho dalam perjalanan pulang ke rumah di Setia Alam melalui
lebuh raya berkenaan.
"Ketika
kejadian penunggang motosikal itu berada di lorong kiri. Pemandu CR-V yang
memandu di lorong kanan tiba-tiba mengubah laluan dan melanggar mangsa menyebabkan
dia terjatuh.
"Selepas
perlanggaran itu, pemandu SUV terbabit tidak berhenti sebaliknya terus
meninggalkan lokasi kemalangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,
penunggang motosikal itu cedera di tapak tangan kanan, luka kecil pada tangan
serta siku kiri.
Mohd
Zani berkata, setakat ini pemandu SUV itu masih belum tampil membuat laporan
dan hasil semakan mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama sebuah
syarikat.
Kes
disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga
menyebabkan kemalangan.
Terdahulu,
rakaman video kemalangan yang dipercayai diambil dari sebuah kenderaan lain
yang turut melalui lebuh raya berkenaan viral di media sosial sejak semalam.
Kredit: BH Online
Share ramai2.

No comments:
Post a Comment