TUMPAT
- Seorang lelaki mendakwa tindakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)
sebuah sekolah yang merotan anaknya sebagai tidak mengikut Prosedur Operasi
Standard (SOP) sebenar.
Ismail
Hamzah @ Mezah, 68, berkata, anaknya yang berusia 17 tahun dituduh ponteng
kelas di sebuah sekolah menengah di sini, tetapi tidak dimaklumkan kes yang ke
berapa kali.
“Saya
dipanggil pihak sekolah untuk memberi penjelasan dan berbincang. Bila saya
tanya guru itu, berapa kali anak saya ponteng kelas, dia tak dapat jawab.
“Saya
ada bagi pandangan, mustahil ketika guru ada dalam kelas, ada pelajar dapat
ponteng ke mussala,” katanya.
Menurutnya,
guru terbabit tidak bersetuju dengan pandangan itu dan mencabarnya melaporkan
ke pihak atasan.
“Sepatutnya
mengikut SOP, selepas tiga kali perbincangan dengan ibu bapa, barulah seseorang
pelajar boleh dirotan.
“Mengikut
pekeliling kuasa guru merotan murid, kuasanya pada pengetua dan bukannya pada
guru terbabit dan setahu saya tiada surat kebenaran kuasa merotan itu.
“Anak
saya terus dirotan di hadapan saya, pada kali pertama saya hadir berbincang
dengan pihak sekolah, waktu itu ada tiga lagi rakannya turut dirotan di hadapan
ibu bapa masing-masing dan beberapa orang guru,” katanya.
Menurutnya,
ini bukan kali pertama guru PK HEM berkenaan bertindak melampau ke atas
pelajarnya.
Dia
mendakwa tiga rakan anaknya pernah ditendang pada perut dan kepala dihantuk di
dinding pada hujung tahun lepas.
“Pernah
juga seorang rakan anak saya ditampar lebih kurang 20 kali kerana mengaminkan
doa secara kuat dan berbau rokok,” katanya.
Menurutnya,
laporan polis dibuat pada 30 Julai lalu dan tiga rakan anaknya turut membuat
laporan polis pada hari sama.
Menurutnya,
dia akan adukan perkara ini melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
Kementerian Pendidikan.
“Jika
aduan saya tidak mendapat perhatian, saya akan adukan melalui NGO,” katanya.
Sementara
itu, Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat, Che Omar Mohamad ketika dihubungi
berkata, pihak berkaitan diarah menyiasat dakwaan itu.
Sumber: Sinar Harian
Share ramai-ramai

No comments:
Post a Comment