Monday, 25 September 2017

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR !


Menurut Haji Kamal pemilik houseboat ini, kos sebuah houseboat sekitar RM400,000. Ini houseboat kedua dimiliki. Banyak dugaan ditempuhi dalam bisnes ni, tapi dengan semangat cekal, Haji berazam beri yang terbaik kepada pelanggan.

Itu kami nampak jelas pada layanan mesra dan baik. Pakej 2H 1M, seorang RM250 dengan 20 orang minimum manakala 3H 2M RM400 seorang dengan 20 orang minimum. Maksimum houseboat seramai 30 orang. Ada juga houseboat lebih besar mampu muat hingga 80 orang.

Sepanjang trip anda akan dibawa ke spot menarik seperti Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Gua Bewah, Gua Taat, Taman Herba, Santuari Ikan Kelah, Taman Tropika, Taman Rama-rama, dan lain-lain bergantung pada pakej.

Anda juga boleh berkayak dan terjun ke tasik namun mesti pakai vest sebab dalam. Tasik Kenyir paling dalam sekitar 200m mungkin lebih bergantung pada musim hujan. Santuari Ikan Kelah.

Tulisan asal : Libur.com 

Berikut merupakan maklumat tambahan untuk pembaca Kaulah Sapelagi

Jeti : Pengkalan Gawi Tasik Kenyir

Kemudahan :

2 Buah Speedboat
4, 6, 10 Bilik Tidur

( Pilih ikut bajet Anda Rujuk Flayer Dibawah )

1 Ruang Tamu ( karaoke dan astro )
1 Ruang Dapur dan alat masak di sediakan ( makan & minum masak sendiri )
1 Ruang Makan
Ruangan memancing yang selesa

Aktiviti :

Memancing pelbagai ikan (Toman, Kelah, Sebarau, Siakap, Lampan, Baung dan lain-lain lagi)
Kelah Sanctuary
Taman Negara
Photografi
Air terjun
Bersantai
Menghayati alam semula jadi
BBQ

Tempat-tempat menarik :

Kelah Sanctuary (Santuari kelah)
Gunung Bewah
GUnung Taat
Sungai Petang
Sungai Terengan Taman Negara
Sungai Cacing
Kuala Perpek
Air Terjun Lasir
Air Terjun Saok
Dan lain-lain

Sesuai untuk :

Pemancing
Bercuti bersama keluarga
Rehatkan minda

Pakej SEWA HOUSEBOAT : Harga satu Bot!

2H 1M Dari Rm1400 - RM2700
3H 2M Dari RM2700 - RM4500

PAKEJ MAKAN :

2H 1M RM95.00 pax Dewasa
3H 2M RM165.00 pax Dewasa
( min 15orang )

Nota: harga adalah bergantung kepada pemilik bot dan harga di atas bukan Haji Kamal punya..hihihi.

Tapi Pihak #KLSL share nombor Haji Kamal : 019 9857144 / 013 9214144

#KLSL

  



No comments:

POST PALING POPOULAR