Salam
kepada semua pembaca, Saya mohon baca confession ni dengan penuh kesabaran
sebab cerita ni panjang sangat sebenarnya tapi saya ringkaskan (walau
sebenarnya panjang jugak).
Saya
berkahwin 2014. Suami saya yatim piatu. Last year saya disahkan mengandung masa
tu saya baru kerja kat public listed company. Diawal kehamilan suami selalu
usap perut saya dan pesan kat baby, “make sure papa ada, baru keluar taw”.
Pendekkan
cite, saya bleeding n doktor nasihatkan untuk bedrest sebab takut keguguran.
Setelah berbincang dengan suami, saya berhenti kerja demi anak
kami,suami
suruh saya balik kampung sebab dia tak sempat nk hantar lunch everyday (doktor
xbagi drive,masak).masa tu kandungan 4bulan.
Dipendekkan
cite masa kandungan 6bulan saya ke KL ingat nak stay dengan suami smpai beranak
tapi suami suruh saya balik sebab dia outstation. Instinct isteri tak pernah
salah. Saya dapat rasa ada something wrong. One day, saya jumpa bukti dia
memang ada perempuan lain.
Dia
contact dengan perempuan tu melalui emel masa saya kat KL dengan kandungan
6bulan. So dalam email tu sume tarikh yang dia pegi outstation sebenarnya dia
pegi holiday dengan perempuan tu. Siap dengan panggilan future wife. Excited
rindu nk jumpa.
Bayangkan
perasaan saya masa tu mengandung 7bulan and baca sendiri suami bermesra siap
bawa pegi holiday. Sedangkan saya isterinya 3tahun, susah senang bersama, tak
pernah dia bawa kemana- mana sebab sebelum ni gaji saya lagi tinggi dari dia,
saya yang bayarkan kereta dia, belikan motor untuk dia, bayarkan deposit rumah
sewa semua.
Betul
sesetengah orang cakap, bila dah berkahwin, perempuan boleh redha dengan any
situation, tapi bila melibatkan perempuan lain, hancur hati tu Allah je tahu.
Dah
kantoi tu, saya emel perempuan tu cakap benda sebenar. Betina tu cakap dia
xtahu tu suami orang, kalau dia tahu, dia sendiri angkat kaki. Dah kantoi tu,
suami saya balik jumpa saya minta maaf and bertaklik, ‘Kalau saya keluar dengan
H* lagi, jatuh talak awak’.
Masa
ni kandungan 8bulan.Every weekend suami cakap nak pulang ke kelantan, saya
tunggu tp tak pernah sampai. Ada je alasan kereta problem, hujan lebat sangat,
demam, dan lain-lain.
Everyweek
ada je alasan tak de duit, so everyweek saya bank in tapi end up tak balik pun.
Duit yang sepatutnya saya guna untuk anak saya, saya korbankan asalkan saya
dapat jumpa suami saya.
Malangnya
duit tu suami gunakan untuk betina tu. Masa berlalu dan due date saya tinggal
lagi seminggu, banyak benda pelik yang jadi tapi saya cuba tutup mata dan
anggap tu perasaan saya sebab hamil.
Tp
ُAllah
tak
zalim. Ikhlas saya cakap, saya tak makan, tak tido dan hanya minum segelas susu
je sehari sebab terlalu banyak makan hati menunggu suami. Saat orang lain
mengandung, dibelai macam puteri, tapi saya, sahkan nak makan benda mengidam,
nak tengok suami yang dirindui, nak dengar suara suami pn tinggal impian.
Masa
tu saya mintak dengan Allah satu je, izinkan saya peluk suami sebelum saya
bersalin. Saya tak contact family dia sebab suami cakap family dia tak suka
saya dan banyak burukkan saya (sebenarnya dia dah plan sume ni sebab tak nak
bagi kantoi).
Tapi
takdir Allah, 3hari sebelum saya bersalin, kantoi segalanya. Allah َbuka
pintu hati saya contact anak saudara belah dia. Maka terbongkarlah segalanya,
seminggu lepas dia bertaklik yang akan jatuh talak sekiranya dia jumpa dgn
betina tu, suami bawa betina tu balik kelantan jumpa family dia. Dia cakap nak
kawin.
Dia
cakap saya hamil anak orang lain,kuat main laki sebab tu dia nak kawin lain
tapi at the same time suami duk contact saya macan takde pape yang jadi. Kalau
dia senyap 3-4 jam, alasan dia g surau/masjid sebab dah insaf dengan ape jadi
yang kantoi haritu, so, nk dekatkan diri dengan ُAllah
.
Takdir
Allah ََlepas
saya sekeluarga berjumpa family suami, n dengar segala fitnah dia taburkan
dekat saya, malam tu suami balik kelantan, dia cakap kat family dia, dia balik
nak rujuk dengan saya. Ktorg jumpa kat kedai makan masa tu. Tu last dia suapkan
sy, And Thank you ُAllah َ sbb
saya boleh peluk dia sebagaimna yang saya minta.
Sy
tahu hati dia dah tak sayang saya. Cara pandang saya pun saya tahu,dia bukan
suami saya yang saya kenal selama 3 tahun. Dia tak lafazkan pun nak rujuk.
Terlalu
sakit hati, balik tu saya tidur dgn air mata tapi saya senyum sebab finally,
lepas 2 bulan sy boleh tgk suami saya depan saya, saya boleh peluk dia,tq Allah
.
َPagi
keesokkan nya saya keluar darah tanda dah nak beranak. Allah ََanak
saya dengar pesanan ayah dia. Dia tunggu ayah dia untuk keluar. Family bawa
saya ke hospital, saya masuk labour room suami datang, saya pujuk untuk rujuk
time tu jugak. Dia cakap tak payah fikir, beranak dulu.
Allahu,
dalam hati kepala sy masa tu bukanlah anak tapi labouroom,”Doktor, saya dah
janda” tu perkataan first yang keluar dari mulut saya berserta air mata.
Esok
nya terus discharge.
Tapi
lepas 5 hari kat rumah, ada daging keluar rupanya uri tak habis and saya kena
admit balik. Saya call nak inform saya kena masuk wad,tapi dia tak angkat tapi
family dia call dia cakap, dia dengan perempuan tu.
Suami
contact saya macam biasa, panggil saya sayang tapi dia tak balik pun tengok saya.
Yes saya tahu cara dia mmg tak sayangkan saya. Lepas beranak, saya pernah tak
layan dia, dia ugut nk bunuh diri.
Lps
tu hari cukur jambul anak. Dia balik,dia datang dan sebelum balik tu dia dah
promise dengan ayah saya nk rujuk nak duduk elok-elok n janji nak jaga saya
macam dulu. Dan dia bersumpah demi Allahdah takde betina tu.
Saya
ingat dia betul-betul berubah,tapi bila sy check bag dia, saya jumpa dia ada fon
lain yang still contact dgn betina tu n pada hari majlis anak tu, dia cakap kt
betina tu yang dia dh lama ceraikan saya and takde pape dgn saya.
Ya
ُAllah
ََape
kau nak sebenarnya? Kau pujuk rayu tapi sebenarnya kau still ada setan tu.
Saya
contact betina tu dia jwb simple “Padan muka xpndai jaga suami.” Sy halau suami
masa tu jgk, and lepas tu sy contact sume orang yang rapat dengan suami masa
tu. Astagfirullahalazim, ada orang emelkan video suami dengan betina tu duduk
berasmara, siap gmbar tak berbaju.
Masa
tu saya dalam pantang 22 hari, saya terus g court. ُAllah
ََje
tahu perasaan masa tu. Tarikh masa tu bulan 5.
Sebelum
ni, failkan atas sebab taklik lisan so susah nak menang. Now saya tuntut fasakh
dia tak pedulikan saya dan anak. Dia berlakon tak habis2 konon dah takde
hubungn tapi dia tak pedulikan pun saya dan anak. Nafkah dia bagi Rm100 je tu
pn kadang2.
Dia
tak datang court tapi everyday contact saya walaupn saya block, dia akan email
saya berlakon like nothing happen. Ape dia nak sbnrnya?
Doakan
urusan court saya cepat selesai dan terus kuat. ُ
Allah َje
thu perasaan besarkan anak sorangsorang, naik turun court dari mengandung
sampai sekarang anak dah 5 bulan. Sebenarnya saya sangat heran ape dia nak
sebab cara dia macam taknak tapi dia keep contact sy everyday dukpanggil syg2
macam takde ape yang jadi sedangkan saya tahu semua yang dia buat belakang
saya, until today.
N
yes dia tak datang court. Dia tak kawin pun dgn betina tu. Tapi dia still
berhubung siap
buat
suprise lagi masa birthday betina tu. Anak kat kampung tak peduli.
Jujur
saya cakap, saya sayang suami saya dan mengharapkan dia berubah walau ape yang
dia dah buat adalah sangat-sangat melampau. Tapi, yes, mulut dia cakap dia dah
berubah dan takde dah perempuan tu. But yup, action speak louder than word.
And
kita pernah sebantal untuk 3 tahun dah cukup lama untuk saya cakap, saya kenal
awak yang sayang sy macam mana. Dulu kita tak pernah gaduh teruk, sumua benda
kita bincang elok, tapi lepas kenal betina ni,awak berubah. Dalam sekelip mata
disebabkan perempuan yang awk knl melalui tinder,(Jan 2017) awak sanggup
abaikan isteri dan anak yang awak excited dulu.
Saya
doakan awak cepat kawin, hentikan benda tak senonoh. Its ok, saya terima, saya
dan anak tak mampu bahagiakan awak. Tapi awak berbahagialah dengan cara yang
halal dan berhentilah menyeksa hidup saya, tolong datang court ceraikan saya
dengan elok. Awak mintak saya dengan family saya cara elok, so lepaskan saya
dengan cara elok.
Dear H,Thanks for everything you’ve done to me and my baby!!! Now I amhusbandless and my baby is fatherless. May Allah give you the best rewardsfor what you’ve done! Anak saya tak sempat kenal ayah dia sebab awak. TQtaw
Nak
mintak pendapat, if korang kat tempat saya ape korang akan buat? Ikhlas saya
cakap saya dah sangat penat dengan drama ni. Suami duk menyedap kat sana dan
saya digantung tak bertali membesarkan anak yang baru lahir sorang-sorang.
Btw,
just fyi, anak saya keluar sebijik muka suami saya. Doakan saya terus kuat n
dipermudahkan urusan.saya dah penat.- Kaulah Sapelagi
No comments:
Post a Comment