“Terbayang Wajah Neelofa Ketika
Berdoa Di Multazam Makkah, Akhirnya Dia Jodoh Saya – Ahli Perniagaan
“Saya
sangat terkejut secara tiba-tiba wajah Neelofa muncul ketika saya sedang berdoa
sambil menyentuh Multazam. Selain dia, saya juga terbayang wajah abang.”, kata
seorang ahli perniagaan, Izdihar Rosland.
Izdihar,
31, berkata kejadian itu berlaku pada tiga tahun lalu sebelum dia mengenali
pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu. ” Masa itu saya pergi umrah untuk bawa diri
sebab perniagaan minyak yang saya usahakan mengalami masalah.”
“Jadi,
tujuan saya ke sana untuk berdoa meminta hidayah. Tak sangka pula, wajah Lofa
yang muncul,” katanya
Izdihar
yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Fabulous Sdn Bhd, ditemui ketika
majlis pelantikan Neelofa sebagai duta produk Chew N’ Glow yang berlangsung di
Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara pada Sabtu lalu.
Dalam
pada itu Izdihar menganggap bayangan tersebut adalah petanda jodohnya dengan
Neelofa dan kini menjadi realiti.
Bagaimanapun
menurut Izdihar, ia bukan bermaksud jodoh berkahwin tetapi bekerjasama dengan
Neelofa dalam perniagaan produk kesihatan keluaran syarikatnya.
“Tak
sangka bayangan tersebut adalah petanda Neelofa jodoh saya. Tapi bukan jodoh
kami berkahwin. Jodoh bekerjasama dalam bisnes produk keluaran syarikat saya.
“Selepas
daripada itu, saya ada hubungi Neelofa untuk membuat ulasan produk saya di
Instagramnya.
“Manakala
pada awal tahun ini, saya melantiknya sebagai duta untuk produk Chew N. Glow
keluaran syarikat saya,” ujarnya.
Neelofa
pula, berkata dia menerima tawaran sebagai duta produk tersebut bukan kerana
kisah yang diceritakan Izdihar.
“Saya
dapat tahu tentang kisah dia terbayang wajah saya selepas terima tawaran
menjadi duta produknya.
“Ketika
itu, saya sedang menjalani penggambaran fotografi untuk produk Chew N’ Glow.
Alhamdulillah, saya sendiri dah cuba produk itu dan hasilnya memang bagus.
“Sebab
itu saya terima tawarannya. Bukan disebabkan cerita yang dikongsinya,” kata
Neelofa.
Produk
Chew N’ Glow diasimilasi dari ekstrak buah-buahan dan diklasifikasikan sebagai
makanan dan ia selamat untuk dimakan oleh bayi, kanak-kanak, wanita hamil juga
yang menyusukan anak dan lelaki.
Produk
ini mampu membantu mempercepat proses penyembuhan luka di kulit, memberikan
sinar pada raut wajah, dan ia juga rawatan alternatif untuk pesakit Eczema dan
sangat sesuai pada mereka yang alahan kepada makanan laut.
–
Mstar Online
No comments:
Post a Comment