KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan lima yang sedang hamil
tiga bulan dan kerap ponteng sekolah membongkar kegiatannya melakukan hubungan
seks dengan lima lelaki dalam tempoh lapan hari antara 30 Ogos lalu sehingga 7
September lalu.
Ketua Polis Bachok, Deputi Superintendan Nik
Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku di empat lokasi berasingan,
tiga di Bachok, manakala satu di Kota Bharu, dua daripadanya berlaku tanpa
kerelaan mangsa (pengadu).
“Pada jam 7.30 pagi, 30 Ogos lalu, teman lelaki pengadu
juga rakan sekelasnya mengambil dia di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa, Kota
Bharu dan membawanya ke rumah di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok.
“Di situ, pengadu dan teman lelakinya melakukan hubungan
seks sebelum lelaki terbabit meninggalkan remaja tersebut. Rakan teman lelaki
itu pula membawa mangsa ke rumah seorang lagi rakan lelaki yang lain dan
mengajaknya melakukan hubungan seks,” katanya.
Beliau berkata, pengadu melakukan seks tanpa kerelaannya
sebelum datang seorang lagi rakan lelaki lain yang turut sama memaksa pengadu
melakukan seks.
“Selesai kejadian, pengadu ditinggalkan oleh rakan teman
lelakinya itu di sebuah kedai makan di Binjai dan menghubungi seorang rakan
perempuan yang menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.
Menurutnya, ketika pengadu berada di rumah, pengadu telah
menerima panggilan telefon dari seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya
keluar dan mereka berjumpa serta menunggang motosikal ke Bachok sebelum
menginap di sebuah hotel di daerah itu.
“Mereka melakukan hubungan seks dengan kerelaan pengadu.
Selesai itu, pengadu ditinggalkan berhampiran lampu isyarat Tendong, Kota Bharu
pada tengah malam pada 7 September lalu sebelum menghubungi seorang rakan
lelaki yang menghantarnya ke sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.
“Di situ, pengadu berkenalan dengan seorang lelaki iaitu
rakan kepada penjaga kaunter hotel sebelum melakukan hubungan seks dengan
lelaki itu sebelum mereka menghantar pengadu pulang ke rumah pada pagi, 8
September lalu,” katanya.
Nik Aminuddin berkata, sebaik tiba di rumah, abang pengadu
kemudian membawa pengadu ke balai polis untuk memaklumkan kepulangan adiknya
berkait laporan polis Binjai.
“Sehubungan itu, polis sedang menjalankan siasatan dan
menjejaki dua suspek yang memaksa pengadu melakukan hubungan seks. Kes
diklasifikasikan sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
“Pengadu pula dihantar ke Hospital Universiti Sains
Malaysia untuk pemeriksaan dan didapati hamil 12 minggu,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment