![]() |
Dari kiri: Michael Kuehner, Jennifer Wong dan Azwan Khan |
Pasaran
telekomunikasi dilihat mencapai tahap tepu, di mana semakin sukar untuk
mendaftar pelanggan baru. Tetapi berkurangnya pelanggan bukannya bererti
keuntungan menurun, sepertimana yang dicatatkan Celcom dalam laporan prestasi
suku kedua 2017 mereka.
Pelanggan
Celcom didapati menurun pada suku kedua tahun ini, berbanding suku pertama.
Sebanyak 3.1% penurunan pelanggan dicatatkan, dari 10.25 juta kepada 9.93 juta
orang.
Walaubagaimanapun,
pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat
7.2% pada suku kedua, iaitu sebanyak RM630 juta daripada RM587 di suku pertama.
Keuntungan
selepas cukai, pelunasan dan kepentingan minoriti (PATAMI) juga menaik kepada
RM330 juta, 22.9% kenaikan berbanding RM269 juta di suku pertama.
Peningkatan
kali ini banyak disumbang dari pendapatan data yang melonjak 27.6% tahun ke
tahun (YoY) kepada RM706 juta, menyumbang 43.5% kepada jumlah pendapatan
syarikat. Penggunaan data di suku kedua turut meningkat sebanyak 23.2%
berbanding suku pertama, kepada 6.2GB sebulan berbanding 5.0GB suku sebelum
itu.
Laporan
ini dibentangkan kepada media oleh Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Michael
Kuehner bersama Ketua Pegawai Kewangan, Jennifer Wong dan Timbalan Ketua
Pegawai Eksekutif Celcom, Azwan Khan.
Michael
berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi suku tahunan yang menunjukkan
tanda-tanda positif dalam industri yang semakin tepu. Menambah baik pendekatan
bagi memenuhi kehendak pengguna serta menyelaraskan pengurusan kewangan dan
operasi merupakan kaedah yang digunapakai dalam mengekalkan pertumbuhan Celcom.
Celcom
juga mepertingkatkan ekosistem jualan dan pengedar, seperti mengadakan program
pendigitalan pengedar yang menambah baik pengalaman pengedaran serta penyediaan
internet mudah alih di semua premis runcit.
Berkenaan
projek pengagihan semula spektrum, Celcom telah berjaya melaksanakannya lebih
awal dari tempoh yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Di samping itu, Celcom terus komited meluaskan lagi capaian rangkaian LTE, di
mana ia telah meliputi 77% pada penghujung suku kedua 2017.
Antara
inisiatif yang berjaya dilaksanakan pada suku kedua ialah:
GBSHARE
– perkongsian pelan internet terbesar Celcom FIRST
EasyPhone
– pemilikan telefon pintar yang lebih mudah dan berpatutan
RCS
– Syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia melaksanakan penghantaran mesej
Android, Rich Communication Services (RCS)
Video
& Music Walla – Ciri tambahan khusus bagi mempertingkatkan pengalaman
melayari kandungan hiburan mudah alih
Skuad
KAWKAW Xpax – eksklusif untuk pelajar, lebih banyak data tanpa caj tambahan
Lightning
Fast LTE – Syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia memacu kelajuan internet
melebihi 400Mbps
Tambah
Michael lagi, syarikat optimis dalam peningkatan prestasi perniagaan, dengan
fokus yang teguh dalam pengalaman pengguna, serta menguasai kembali pasaran
pada penghujung tahun ini.
September 12, 2017 | by Najib |TheSkop
No comments:
Post a Comment