![]() |
| Dua lagi anggota TLDM ditahan hari ini bagi membantu siasatan kematian dua anggota di bilik tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, Jumaat lepas. |
IPOH:
Dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan hari ini bagi
membantu siasatan kematian dua anggota TLDM di bilik tahanan Unit Sungai Wangi
dekat Sitiawan, Jumaat lepas.
Penahanan
itu menjadikan lima anggota ditahan setakat ini ekoran kematian Nik Muhammad
Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26, dipercayai
didera.
Ketua
Polis Perak, Datuk Pahlawan Hasnan Hassan mengesahkan, seorang lagi mangsa
berumur 30-an, turut dirawat di Hospital Manjung kerana mengalami kecederaan
yang hampir sama dengan dua anggota yang meninggal dunia.
“Kita
sedang membuat siasatan forensik pada hari ini dan kita akan membuat juga
siasatan forensik terhadap kamera CCTV yang kita rampas.
“Pasukan
daripada Bukit Aman bersama-sama sedang membantu dan menjalankan siasatan
bersama-sama dengan JSJ Perak,” katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan
Hari Pahlawan peringkat negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di di sini
pada Isnin.
Pada
Ahad, Mahkamah Majistret Manjung mengenakan tahanan reman selama tujuh hari
terhadap tiga anggota TLDM bagi membantu siasatan kematian dua anggota TLDM di
bilik tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan di sini, Jumaat lepas.
Hasnan
memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan dengan rapi dan teliti
untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dan siapakah pelaku tersebut.
Sumber: Astro Awani

No comments:
Post a Comment