Monday, 21 August 2017

10 JENIS MAKANAN DAN MINUMAN YANG PERLU DIELAK JIKA NAK TURUN BERAT BADAN SECARA SIHAT


Berikut adalah 10 makanan dan minuman yang perlu dielak untuk turun berat badan secara sihat. Ia bukanlah senarai lengkap, tetapi ia adalah top 10 pilihan saya disebabkan harganya yang murah dan diambil secara meluas oleh semua lapisan masyarakat termasuk anak-anak kecil

1. SOSEJ
Sosej adalah makanan proses yang berkalori tinggi dan mengandungi bahan kimia yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan dalam jangka waktu panjang

2. NUGGETS
Nuggets juga adalah makanan proses berkalori tinggi dan bahan campurannya termasuk bahagian yang kelazimannya dibuang seperti tulang dan sebagainya serta bahan kimia yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan dalam jangka waktu panjang.

3. MEE SEGERA

Mee segera juga adalah makanan proses berkalori tinggi dan mengandungi bahan kimia yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan dalam jangka waktu panjang. Ia sering menjadi pilihan untuk orang yang "malas" nak makan di luar atau nak jimatkan wang belanja makan.

4. BISKUT
Biskut mengandungi LEMAK TRANS yang sering dikaitkan dengan serangan jantung dan angin ahmar. Ia menjadi pilihan popular untuk orang yang nak diet tapi kurang kesedaran tentang bahaya lemak trans.

5. FRENCH FRIES
French fries adalah makanan kegemaran ramai kerana kerangupannya dan sedap dimakan panas-panas. Malangya ia berkalori tinggi dan mengandungi garam dan minyak berlebihan, karbohidrat buruk (kentang itu karbohidrat baik, tetapi cara penyediaannya yang menjadikannya bertukar menjadi karbohidrat buruk) dan lemak buruk yang mengundang masalah kesihatan.

6. KEREPEK
Kerepek menjadi kudap-kudapan popular di masyarakat kita. Ia sering dijadikan makanan ringan antara hidangan utama kerana keenakan rasanya dan kerangupannya. Namun ia tinggi kalori, banyak garam serta minyak berlebihan yang boleh mengundang masalah kesihatan.

7. BURGER
Burger adalah makanan berkalori tinggi dan berlebihan minyak. Daging burger itu sendiri adalah makanan proses yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Malangnya orang ramai sering memakan burger pada lewat malam.

8. ROTI CANAI

Roti canai adalah antara sarapan paling pooular di negara kita. Malangnya ia berkalori tinggi serta mengandungi minyak berlebihan.

9. MINUMAN BERKARBONAT & MANIS

Umumnya semua tahu minuman karbonat tidak elok untuk kesihatan. Tapi bagaimana dengan minuman karbonat yang mempunyai ZERO KALORI? Ia tetap tidak elok kerana mengandungi bahan kimia yang memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang. Selain itu, minuman kordial juga mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi dan sebarang minuman yang ditambah susu pekat manis juga harus dielak kerana ia bukanlah susu yang mengandungi zat berkhasiat, tapi hanyalah gula!

10. MINUMAN PRE-MIX 3 IN 1
Minuman jenis ini sangat popular di masyarakat kita. Ia lazimnya mengandungi kandungan gula berlebihan dan menggunakan krimer berlemak tepu yang meningkatkan risiko saluran arteri tersumbat jika diambil secara kerap bersama makanan berlemak tepu lain. Walaupun ada yang mempromosikan khasiat herba tertentu untuk kesihatan dalam minuman pre-mix 3 in 1, namun kandungan herba itu terlalu sedikit dan tidak memberi kesan kesihatan seperti yang diinginkan pengguna.

TAG rakan-rakan dan SHARE


No comments:

POST PALING POPOULAR