SHAH ALAM – Joy Revfa, isteri penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun menjelaskan tindakannya memfailkan permohonan pembubaran nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, pagi ini didorong tindakan suaminya yang meragui pernikahan mereka.
Joy atau nama
sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 30, berkata tindakan itu diambil atas hak
dan statusnya sebagai isteri Hafiz yang sah.
“Saya kecewa apabila
ada yang memperkatakan status pernikahan kami tidak sah. Perkahwinan terdahulu
saya berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia.
“Hafiz sedia maklum
mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan
perceraian. “Tiba-tiba pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan kami
tidak sah,”katanya ketika ditemui selepas
prosiding mahkamah, hari ini.
Joy berkata, selepas mendakwa pernikahan mereka tidak sah, Hafiz
tidak lagi menganggap dirinya sebagai isteri.
“Saya tidak diberi
nafkah zahir dan batin. Sehubungan itu, saya berjuang untuk mempertahankan hak
sebagai wanita,” katanya.
Pengasas kosmetik itu tidak tahu sebarang konspirasi dan agenda di
sebalik tindakan suaminya itu.
Sementara itu, Hafiz dilihat berada di perkarangan mahkamah seawal
jam 9 pagi. Difahamkan, Hafiz turut memfailkan permohonan pembubaran nikah
mereka.
Joy dan Hafiz diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul
Aziz, Shah Alam, pada 1 Mei lalu. – BH
Online


No comments:
Post a Comment