Sunday, 20 August 2017

Video Pengadil Perlawanan Membatalkan Servis Tekong Indonesia

Indonesia protes, keluar gelanggang




KUALA LUMPUR: Saingan sepak takraw wanita di Stadium Titiwangsa antara regu negara menentang Indonesia dicemari dengan insiden ketua jurulatih Indonesia mengarahkan pemain-pemainnya meninggalkan gelanggang.
Malaysia yang mendahului permainan apabila menang set pertama 22-20, dianugerahkan kemenangan apabila Indonesia yang sedang mendahului 15-10 di set kedua bertindak meninggalkan gelanggang.
Ia berikutan pengadil perlawanan membatalkan servis tekongnya. Selepas dipanggil secara rasmi sebanyak tiga kali, kemenangan percuma diberikan kepada regu negara.

Malaysia akan bertemu Thailand pada penentuan pingat emas pada 21 Ogos 2017. BH Online


No comments:

POST PALING POPOULAR